Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bekas wartawan NST Joseph Bingkasan meninggal dunia
  • SEMASA

Bekas wartawan NST Joseph Bingkasan meninggal dunia

Utusan Sarawak 14 hours ago
JOSEPH Bingkasan.

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Bahagian Editorial New Straits Times (NST) Sabah dan Sarawak, Joseph Bingkasan meninggal dunia dipercayai akibat kanser di Hospital Queen Elizabeth II di sini pada 3.56 pagi tadi.

Perkara itu disahkan anaknya Lester J Bingkasan yang juga seorang wartawan sebuah akhbar ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Bapa saya meninggal dunia pagi tadi. Ada kanser tulang dan prostat juga. Beliau juga melakukan hemodialisis. Mohon semua sahabat mendoakan ayah saya,” katanya ringkas.

Lester berkata keluarganya kini sedang menguruskan jasad ayahnya dan akan menyalurkan maklumat lain antaranya mengenai memorial service selepas ini.

Wartawan veteran berusia 71 tahun itu, yang juga penerima Tabung Kasih Hawana pada 2023 itu  disahkan menghidap kanser sejak 2014 selain turut berdepan masalah kegagalan buah pinggang dan darah tinggi.

Beliau berpengalaman luas dalam dunia kewartawanan bermula sebagai penyunting di akhbar Kinabalu Sabah Times pada 1977 sebelum menyertai New Straits Times Press (NSTP) sebagai koresponden di Sabah.

Selain itu, beliau pernah bertugas di Times of Malaysia London Ltd, iaitu Pejabat NST di London sebelum dilantik sebagai Ketua Bahagian Editorial NST Sabah dan Sarawak selain pernah berkhidmat untuk akhbar tempatan Sabah, Daily Express. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: “Kita akur sahaja” – Abdul Karim tunggu keputusan tunda Sukma
Next: Gempa di Kundasang: Tiada kerosakan dilaporkan, keadaan terkawal – Bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.