Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Aktres Malaysia Fish Liew menang pelakon wanita terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong
  • HIBURAN

Aktres Malaysia Fish Liew menang pelakon wanita terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong

Utusan Sarawak 12 hours ago
TAHNIAH… Aktres kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hong Kong, Fish Liew, membanggakan negara apabila merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong ke-44, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Aktres kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hong Kong, Fish Liew, membanggakan negara apabila merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong ke-44, malam tadi.

Kemenangan itu diraih menerusi lakonannya dalam filem Someone Like Me sebagai wanita bernama Ah Mui, sekali gus menewaskan calon lain termasuk Ma Li (The Dumpling Queen), Natalie Hsu (My First of May), Fala Chen (Peg O’ My Heart) dan Zhang Ziyi (She’s Got No Name).

Filem berkenaan menyaksikan pelakon berasal dari Johor Bahru itu membawakan watak mencabar sebagai seorang penghidap cerebral palsy (palsi serebrum). 

Kejayaan itu sekali gus menandakan satu lagi pencapaian peribadi dalam kerjaya seninya selepas merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada edisi 2022 anugerah itu bagi filem Anita.

Sebelum ini, Liew, 36, berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Hong Kong Film Critics Society Award dan Hong Kong Film Directors’ Guild Awards.

Dalam satu hantaran dalam akaun Instagram @fish331, Liew amat menghargai pengiktirafan yang diberi kepadanya, selain bersyukur atas kemenangan diperoleh.

“Terima kasih Persatuan Pengarah Filem Hong Kong kerana memberikan anugerah ini kepada saya,” katanya.

Kejayaan itu membuktikan keupayaan bakat Malaysia untuk bersaing di pentas global, selain memperkukuh kedudukan Fish Liew sebagai antara pelakon wanita Asia yang semakin menyerlah pada peringkat antarabangsa.

-Bernama  

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Irama tradisi, artis popular gegar pentas Kampung Tian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.