Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi 7.5 skala Richter gegar timur laut Jepun
  • GLOBAL

Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi 7.5 skala Richter gegar timur laut Jepun

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR hiasan

TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan timur laut dan utara Jepun pada Isnin, susulan itu amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Kyodo News Agency.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa yang berlaku pada 4.53 petang itu mencatat intensiti atas 5 pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap, selain berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Agensi itu meramalkan ombak tsunami setinggi sehingga tiga meter melanda pantai Pasifik di wilayah Hokkaido dan Iwate dalam tempoh terdekat.

Tsunami setinggi 80 sentimeter telah dikesan di Pelabuhan Kuji dalam Wilayah Iwate, lapor agensi itu lagi.

Menurut pengendali loji, tiada sebarang kejanggalan dilaporkan di loji nuklear Higashidori dan Onagawa di wilayah Aomori dan Miyagi, mahupun di Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi dan Daini di Wilayah Fukushima.

Bercakap kepada pemberita di pejabat beliau, Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi menggesa penduduk di kawasan terjejas supaya segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Sementara itu, syarikat JR East memaklumkan perkhidmatan kereta api laju Shinkansen bagi laluan Tohoku antara stesen Tokyo dan Shin-Aomori telah digantung buat sementara waktu.

Magnitud gempa bumi tersebut pada mulanya dianggarkan pada 7.4 sebelum disemak semula kepada 7.5.

-Bernama

Continue Reading

Previous: 16 maut, 20 cedera dalam kemalangan bas di Jammu dan Kashmir
Next: Juruterbang maut dalam nahas helikopter di Queensland, Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.