Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semarak budaya membaca menerusi Jom Baca Bersama 10 Minit Khamis ini
  • Utara
  • WILAYAH

Semarak budaya membaca menerusi Jom Baca Bersama 10 Minit Khamis ini

Utusan Sarawak 19 hours ago
POSTER Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 anjuran Perpustakaan Awam BDA Bintulu akan diadakan pada Khamis ini dari 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Foto: Perpustakaan Awam BDA Bintulu

BINTULU: Orang ramai digesa untuk menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 yang akan berlangsung pada Khamis ini (23 April), dari 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.

Program anjuran Perpustakaan Awam BDA Bintulu ini bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu pengetahuan.

Menurut penganjur, orang ramai hanya perlu meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca walau di mana sahaja berada, sama ada di rumah, di tempat kerja atau di mana-mana lokasi.

Program ini membawa tema ‘Membaca Menggembirakan | Membaca Membina Bangsa’ yang menekankan peranan membaca dalam pembangunan diri dan pembentukan masyarakat berilmu

Selain itu, peserta juga digalakkan untuk berkongsi penyertaan mereka di media sosial dengan menanda laman Facebook Perpustakaan Awam BDA Bintulu serta menggunakan tanda pagar #JomBacaBersama10Minit.

Inisiatif ini diharap dapat menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, selaras dengan usaha melahirkan komuniti yang berpengetahuan dan berdaya saing

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: Sistem parkir perlu diperbaiki segera – Michael Kong
Next: Hospital Miri cari waris pesakit lelaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.