Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sukma wajar ditangguhkan sehingga krisis Asia Barat selesai – Sultan Selangor
  • NASIONAL

Sukma wajar ditangguhkan sehingga krisis Asia Barat selesai – Sultan Selangor

Utusan Sarawak 14 hours ago
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 tahun 2025 di Dewan Negeri Selangor hari ini. – Foto Bernama

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berpandangan penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) di negeri itu wajar ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai.

Sultan Sharafuddin bertitah penangguhan itu juga wajar sehingga pembangunan semula Stadium Shah Alam siap sepenuhnya.

“Berhubung penganjuran Sukma oleh Negeri Selangor, beta difahamkan peruntukan yang diperlukan adalah sangat tinggi.

“Dalam keadaan ekonomi semasa, beta berpandangan lebih wajar penganjuran itu ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai dan sehingga Stadium Shah Alam siap sepenuhnya,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 Tahun 2025 di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menitahkan agar penganjuran Piala Sultan Selangor bagi perlawanan bola sepak tahunan antara Selangor dan Singapura 2026 dibatalkan.

Bagaimanapun, baginda berkenan kejohanan bola sepak Piala Jubli Perak dianjurkan yang melibatkan pelajar sekolah bawah 15 tahun antara daerah di Selangor sebagai usaha memupuk bakat muda dan menyemai semangat kesukanan pada peringkat akar umbi.

“Tambahan lagi sukan bola sepak merupakan sukan paling popular dalam kalangan rakyat Selangor,” titah baginda. 

Sukma Selangor 2026 dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos. 

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari sebelum ini berkata, temasya dwitahunan itu akan dilaksanakan pada skala lebih kecil bagi menjimatkan kos penganjuran tanpa mengurangkan jumlah sukan dan acara dipertandingkan.

Beliau berkata, langkah itu diambil selepas Jawatankuasa Tertinggi temasya sukan itu mengambil maklum mengenai krisis tenaga global dan kesan ekonomi dunia yang turut dirasai di negara ini. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Stok simpanan beras negara ditingkatkan kepada 300,000 tan metrik – Mohamad
Next: MOT fokus tambah baik SOP sistem pengendalian bagasi KLIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.