Polis IPD Meradong tahan lelaki positif amphetamine dan methamphetamine

Facebook
WhatsApp
LELAKI positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ditahan oleh pihak polis, petang semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong menahan seorang lelaki disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis, sekitar 1.00 petang semalam.

Ketua Polis Daerah (IPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata suspek berumur 30 tahun tersebut ditahan oleh sepasukan Petugas Khas IPD Meradong dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong untuk tindakan lanjut.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat BSJND Meradong, didapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod bersabit jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Kami menggesa supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari