Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operasi samseng jalanan: Seorang lelaki ditahan, 70 saman dikeluarkan
  • JENAYAH

Operasi samseng jalanan: Seorang lelaki ditahan, 70 saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DISITA…Antara motosikal yang disita untuk tindakan lanjut.

MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan selepas dikesan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan aksi yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan bermula semalam sekitar 11.00 malam hingga 5.00 pagi tadi melibatkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD bersama Balai Polis Pusat Miri.

“Operasi tertumpu di beberapa lokasi dikenal pasti sebagai kawasan panas aktiviti samseng jalanan termasuk Jalan Piasau, Jalan Pujut, Jalan Tanjong Lobang, Jalan Tudan, Jalan Miri By Pass serta kawasan Marina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata, sepanjang operasi dijalankan, seramai 61 individu tempatan bersama 25 motosikal telah diperiksa.

DISITA…Antara motosikal yang disita untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 70 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk lesen kenderaan tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’, tidak memiliki lesen memandu, pengubahsuaian ekzos serta ketiadaan cermin sisi,” jelasnya.

Dalam operasi sama, sebanyak 12 motosikal turut disita untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang serta tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh mengundang risiko kepada diri sendiri dan orang lain.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.