Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor tangkap ular sawa dalam sangkar tikus belanda di Taman Tai Ming
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor tangkap ular sawa dalam sangkar tikus belanda di Taman Tai Ming

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGGOTA bomba menangkap ular sawa di sangkar tikus belanda. Foto BBP Bintangor.

BINTANGOR: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor berjaya menangkap seekor ular sawa yang ditemui berada di dalam sangkar tikus belanda di Taman Tai Ming.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.06 pagi semalam.

“Tiga anggota bomba bergerak ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat seekor ular sawa berada di dalam sangkar tikus belanda,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ular berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular dalam tempoh lebih kurang lapan minit.

“Ular sawa dilepaskan semula ke habitat asal selepas ditangkap.

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 7.18 pagi,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Infrastruktur SJKC Kwang Chien dipertingkat melalui projek RTP
Next: BBA giat buat persiapan Kejohanan Kumpulan Umur Terbuka Bintulu 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.