
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.9 melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 4.06 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 18 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 67 km barat dari Nias, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama