Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Dialog KPT- Liga Mahasiswa Malaysia dijangka diadakan selewatnya Mei ini
  • PENDIDIKAN

Dialog KPT- Liga Mahasiswa Malaysia dijangka diadakan selewatnya Mei ini

Utusan Sarawak 17 hours ago
MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua kanan) berbual bersama timbalannya Adam Adli Abd Halim (dua kiri) pada Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, baru-baru ini. Foto Bernama

MELAKA: Sesi dialog antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Liga Mahasiswa Malaysia (LMM) dijangka diadakan selewat-lewatnya bulan depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim berkata penganjuran dialog itu kini di peringkat akhir, termasuk penyediaan platform dalam bentuk diskusi meja bulat atau sesi berkala secara terbuka bagi membincangkan isu berkaitan mahasiswa.

“Kita minta maaf kerana mengambil sedikit masa dalam memastikan penganjurannya dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun. Insya-Allah selewat-lewatnya Mei ini, sesi dialog yang lebih bermakna akan diadakan, bukan sekadar sesi ‘touch and go’ (tanpa tindakan susulan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Rezeki Hujung Syawal Parlimen Hang Tuah Jaya di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Bukit Baru di sini hari ini.

Adam Adli berkata dialog itu bukan sekadar menerima dan membaca memorandum tanpa tindakan susulan, sebaliknya akan dibincangkan secara menyeluruh melibatkan pelbagai pihak termasuk pentadbir universiti, ahli akademik dan mahasiswa.

“Ia bukan isu menerima, melihat dan membaca memorandum kemudian kita buat tidak tahu. Kita mahu pastikan perkara ini dibincangkan di pelbagai peringkat dan suara semua pihak, khususnya mahasiswa benar-benar didengari,” katanya.

Beliau berkata perbincangan itu juga perlu disusuli dengan tindakan substantif dan KPT akan memastikan setiap isu yang dibangkitkan diberi perhatian, termasuk perkara yang dianggap kritikal atau bertentangan dengan pendirian kementerian.

“Satu perkara yang perlu kita jamin adalah adab dalam berbeza pendapat. Kita boleh tidak bersetuju, namun hak dan suara mahasiswa perlu dipelihara kerana golongan ini harus diberi peranan lebih besar dalam proses pembentukan dasar,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan LMM telah menjemput beliau mengadakan dialog terbuka di kampus susulan beberapa isu dibangkitkan, termasuk kos sara hidup, kebajikan mahasiswa serta dasar pendidikan tinggi.

Adam Adli berkata usaha itu telah dirancang sejak hari pertama beliau memulakan tugas dalam Kerajaan MADANI, sebagai inisiatif mewujudkan platform yang memberi ruang kepada mahasiswa melaksanakan fungsi semak dan imbang.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Minat terhadap TVET kian bertambah, permohonan ke Kolej Vokasional cecah 58,263
Next: Warga pendidik di Saratok digesa jadi pemangkin modal insan berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.