Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bintang filem Perancis Nathalie Baye meninggal dunia pada usia 77 tahun
  • HIBURAN

Bintang filem Perancis Nathalie Baye meninggal dunia pada usia 77 tahun

Utusan Sarawak 9 hours ago
Bintang filem Perancis Nathalie Baye.

PARIS: Bintang filem Perancis, Nathalie Baye, pemenang pelbagai Anugerah Cesar yang turut membintangi filem arahan Steven Spielberg berjudul Catch Me if You Can, meninggal dunia pada usia 77 tahun, menurut keluarganya kepada AFP pada Sabtu.

Baye, yang merupakan tokoh penting dalam industri perfileman Perancis, membintangi kira-kira 80 buah filem dan memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Cesar setara dengan Anugerah Oscar di Perancis sebanyak empat kali, termasuk tiga tahun berturut-turut dari 1981 hingga 1983.

Menurut keluarganya, beliau meninggal dunia semalam di kediamannya akibat demensia Lewy Body, sejenis penyakit neurodegeneratif.

Penyakit tersebut boleh menjejaskan emosi, pergerakan serta menyebabkan halusinasi.

Kerjaya Baye turut menyaksikan peningkatan pada peringkat antarabangsa pada fasa akhir, termasuk membawakan watak ibu kepada Leonardo DiCaprio dalam Catch Me if You Can serta watak bangsawan Perancis dalam Downton Abbey 2.

Beliau juga bekerjasama dengan pengarah muda Kanada, Xavier Dolan, yang menampilkan beliau sebagai watak ibu yang kompleks dalam filem Laurence Anyways dan It’s Only the End of the World.

Filem Une liaison pornographique yang versi bahasa Inggerisnya berjudul An Affair of Love  telah melayakkan beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Venice.

Baye pernah menjalinkan hubungan selama lima tahun dengan penyanyi rock Johnny Hallyday, yang digelar “Elvis Perancis”, dan pemergiannya pada 2017 mencetuskan suasana berkabung di peringkat nasional.

Anak mereka, Laura Smet, juga merupakan pelakon terkenal dan pernah tampil bersama Baye sebagai versi fiksyen diri mereka dalam siri popular Call My Agent!.

Baye dilahirkan pada tahun 1948 di Normandy dalam keluarga berjiwa seni, dengan kedua-dua ibu bapanya merupakan pelukis. Namun, akibat menghadapi kesukaran pembelajaran (disleksia), beliau meninggalkan persekolahan pada usia 14 tahun sebelum ke Monaco untuk mempelajari tarian.

Kemunculan awalnya bermula pada era 1970-an apabila beliau bekerjasama dengan pengarah filem seni seperti Francois Truffaut, Maurice Pialat dan Claude Sautet, sebelum terus mengukuhkan kerjaya pada 1980-an bersama Jean-Luc Godard. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: M. Nasir, Melly Goeslaw berkolaborasi dalam Konsert Cipta 4 Julai depan
Next: Irama tradisi, artis popular gegar pentas Kampung Tian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.