Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penyelenggaraan Kaabah disempurnakan pada standard global tertinggi
  • GLOBAL

Penyelenggaraan Kaabah disempurnakan pada standard global tertinggi

Utusan Sarawak 20 hours ago

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am Penjagaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi mengumumkan penyempurnaan penyelenggaraan rutin Kaabah dan Hijr Ismail, selaras piawaian kejuruteraan dan teknikal tertinggi, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). 

Menurut badan itu, projek tersebut dijalankan di bawah pelan operasi yang rumit yang memastikan aliran jemaah lancar tanpa menjejaskan ibadah.

Kerja-kerja berkenaan mengambil masa kira-kira 4,700 jam kerja dan termasuk 31 pakej utama serta 305 aktiviti, meliputi penyelenggaraan bahagian dalam Kaabah, bumbung dan persekitaran, serta pemeriksaan dan ujian terperinci.

Skop kerja juga termasuk penggantian lebih 30 meter linear sendi pengembangan (silikon) di sekeliling Kaabah, penurapan (grouting) semula lebih 50 meter sambungan marmar, serta menggilap dan kemasan lantai marmar sekeliling dari semua arah.

Projek itu dilaksanakan oleh kakitangan negara yang berkelayakan menggunakan teknologi dan bahan termaju yang mematuhi piawaian antarabangsa, meningkatkan kecekapan operasi dan memastikan kemampanan jangka panjang komponen Kaabah.- Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi magnitud 5.5 landa Pakistan, Afghanistan
Next: Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.