Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masyarakat perlu tapis maklumat elak jejas perpaduan
  • Utara
  • WILAYAH

Masyarakat perlu tapis maklumat elak jejas perpaduan

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEGAWAI Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 Kampung Warisan Jepak di Bintulu semalam.

BINTULU: Penduduk kampung diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan keharmonian komuniti.

Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman berkata, dalam era digital masa kini, masyarakat perlu lebih bijak menilai sesuatu maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

Menurutnya, penyebaran khabar angin atau maklumat tidak tepat boleh mencetuskan salah faham serta menggugat perpaduan dalam kalangan penduduk.

“Kita perlu pastikan setiap maklumat yang diterima adalah sahih dan tidak mudah percaya kepada perkara yang tidak diketahui kesahihannya.

“Jika tidak dibendung, ia boleh menimbulkan perpecahan dalam komuniti yang selama ini hidup harmoni,” katanya ketika berucap mewakili Ahli Parlimen Bintulu, Dato Seri Tiong King Sing pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 Kampung Warisan Jepak, semalam.

PENDUDUK setempat memenuhi ruang majlis bagi mengeratkan hubungan komuniti sempena sambutan Aidilfitri di Kampung Warisan Jepak.

Beliau turut menggesa masyarakat agar terus memupuk semangat kebersamaan dan saling menghormati demi memastikan kesejahteraan kampung terus terpelihara.

“Kita perlu kekalkan semangat kebersamaan ini dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Perpaduan yang kukuh akan memudahkan usaha pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan penduduk secara keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan semua kampung akan terus diberi perhatian secara saksama, sejajar dengan usaha memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan.

Majlis anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Skim Pembesaran Kampung Jepak dengan kerjasama Parti Demokratik Progresif (PDP) itu turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional serta penyertaan aktif penduduk setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja naik taraf jalan di Kemena bermula 23 April ini
Next: Kumang Gawai Dayak Sibu 2026 tawar hadiah RM14,600, penyertaan masih dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.