
BINTULU: Kerja-kerja menaik taraf susur jalan di kawasan Kemena Commercial Centre belakang Pusat Beli-Belah Boulevard dijadualkan bermula pada 23 April ini, dan dijangka mengambil tempoh kira-kira empat minggu.
Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan untuk memindahkan kenderaan serta sebarang halangan di kawasan terlibat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan yang akan dijalankan sepanjang tempoh tersebut.
“Langkah ini penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek di samping menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta pekerja di lokasi berkenaan,” dalam satu kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).
Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan sepanjang kerja-kerja naik taraf dijalankan.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi bahagian infrastruktur di talian 086-332662 atau melalui SMS Hotline di 013-8362277.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat kepada kemudahan awam di kawasan tersebut.
Oleh Faizah Muzidi