Penampakan buaya cetus kebimbangan, papan tanda amaran dipasang di Stampin

Facebook
WhatsApp
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin melawat Lorong 1 di Skim Penempatan Semula Stampin susulan laporan penduduk mengenai penampakan buaya di sungai berhampiran.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, melawat Lorong 1 di Skim Penempatan Semula Stampin susulan laporan penduduk mengenai penampakan buaya di sungai berhampiran.

Lawatan tersebut diadakan berikutan pemasangan papan tanda amaran rasmi oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sebagai peringatan kepada orang awam mengenai potensi bahaya di kawasan berkenaan.

Papan tanda itu menasihatkan penduduk dan pengunjung supaya tidak menjalankan aktiviti memancing atau menangkap udang dan ketam berikutan risiko keselamatan.

Menurut Yap, pusat khidmatnya bertindak segera selepas menerima aduan penduduk, khususnya berkaitan kanak-kanak yang masih mengunjungi sungai untuk memancing walaupun terdapat laporan penampakan buaya.

“Keselamatan awam mesti menjadi keutamaan. Saya menggesa semua penduduk, terutama ibu bapa supaya menasihati anak-anak mereka agar menjauhi sungai. Jika masih ingin menjalankan aktiviti memancing, mereka perlu lebih berhati-hati pada setiap masa,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada SFC atas tindakan pantas memasang papan tanda amaran serta menangani kebimbangan komuniti.

Oleh Connie Chieng

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan

Kualiti udara Sarawak kekal tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di sebahagian besar kawasan Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)