Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak Delta Geopark terima pengiktirafan UNESCO, rasmi 23 April ini
  • TEMPATAN

Sarawak Delta Geopark terima pengiktirafan UNESCO, rasmi 23 April ini

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATUK Len Taliff Salleh ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Ramah Tamah Aidilfitri PUSAKA 2026 di Wisma Sumber Alam, hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak Delta Geopark dijangka menerima pengiktirafan rasmi sebagai UNESCO Global Geopark pada 23 April ini selepas mendapat persetujuan jawatankuasa penilaian di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, Sarawak telah menerima pengesahan secara lisan berhubung pensijilan tersebut daripada UNESCO di Paris.

Menurut beliau, pengiktirafan itu merupakan hasil daripada persidangan yang diadakan di Chile tahun lalu, sebelum dibawa ke peringkat Lembaga Eksekutif UNESCO untuk kelulusan rasmi.

“Pada 23 April ini, Lembaga Eksekutif UNESCO akan bermesyuarat untuk memuktamadkan kelulusan Sarawak Delta Geopark sebagai salah satu UNESCO Global Geopark.

“Sijil tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada wakil tetap Malaysia di Paris dan kita akan bersama-sama hadir untuk menerima pensijilan itu pada 27 April ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri majlis Ramah Tamah Aidilfitri PUSAKA 2026 di Wisma Sumber Alam, di sini, hari ini.

Len Talif berkata, usaha membangunkan Sarawak Delta Geopark sebenarnya telah bermula sejak 2009, sebelum diperkukuh secara berterusan bermula 2019.

Katanya, tempoh hampir 17 tahun itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kawasan tersebut memenuhi kriteria ditetapkan UNESCO.

“Sejak 2019, usaha ini dilaksanakan secara berterusan dan mengambil masa kira-kira tujuh tahun untuk direalisasikan sehingga akhirnya dipersijilkan,” jelasnya.

Beliau menambah, pembangunan geopark itu memberi penekanan kepada konsep pembangunan mampan yang merangkumi aspek geologi, biosfera, flora dan fauna serta penglibatan komuniti setempat.

Menurutnya, elemen seperti gastronomi, makanan dan budaya turut menjadi komponen penting dalam memperkukuh nilai geopark tersebut.

Menerusi pengiktirafan itu, Sarawak akan menjadi negeri keempat di Malaysia yang memiliki UNESCO Global Geopark.

“Insya-Allah, pengiktirafan ini akan kita manfaatkan sebagai platform untuk mempromosikan Kuching dan Sarawak secara keseluruhan sebagai destinasi pelancongan yang berteraskan geologi, biosfera, gastronomi serta masyarakat tempatan,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak rasmikan Jalan Lubok Tamang, lonjak ekonomi Saribas
Next: MPKS perkasa sistem pungutan sampah, sasar kurangkan aduan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.