Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Baby Shima, Alif gegarkan Matu malam esok
  • HIBURAN

Baby Shima, Alif gegarkan Matu malam esok

Utusan Sarawak 4 hours ago

Baby Shima

MATU: Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima, akan memeriahkan pertunjukan pentas di Dewan Masyarakat Kampung Tian, di sini, pada malam esok.

Ribuan peminat dijangka membanjiri kawasan sekitar dewan itu, dalam majlis  penutup Hari Raya 2026.

Baby Shima yang terpalit dengan kontroversi membabitkan lirik lagu ‘Masuk Lagi’ yang didakwa berunsur lucah, baru-baru ini dijangka menyampaikan beberapa lagu hit.

Penyanyi dengan nama sebenar Nor Ashima Ramli sebelum ini tampil dengan kelainan menerusi lagu baharu berjudul “Bey Kelik La Bey” menggunakan dialek Kelantan ciptaan komposer terkenal Eddie Hamid. 

Lagu itu mengekalkan identiti dangdutnya tetapi diberi suntikan elemen moden agar lebih segar.

Alif Kadim

Program malam esok turut diserikan dengan persembahan khas Kumpulan Seni Melodi serta Group Tarian Legasi Terindah dari Semenanjung Malaysia selain kemunculan artis program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kelapan, Alif Kadim.

Kumpulan Seni Melodi 

Program yang bermula pada 7.30 malam itu ditaja oleh bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah.

Majlis akan turut dimeriahkan dengan Pertandingan Bertandak/Bermukun tertutup yang melibatkan peserta dari Matu, Daro dan Pulau Bruit.

Pertandingan itu akan dijalankan secara berpasangan, melibatkan pasangan lelaki dan wanita dengan tema pakaian hari raya.

Dijangka seramai 40 pasangan akan menyertai pertandingan bertandak/bermukun ini.

Turut menanti orang ramai adalah cabutan bertuah dengan hadiah menarik.

Continue Reading

Previous: Empat agensi utama K-pop rancang usaha sama lancar festival global
Next: Ekslusif: Dyanne Oshield kembali rancakkan industri muzik, lancar single baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.