Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 17 motosikal diperiksa, lima disita dalam operasi di Samarahan
  • JENAYAH

17 motosikal diperiksa, lima disita dalam operasi di Samarahan

Utusan Sarawak 7 hours ago
OPERASI polis Samarahan terhadap mat rempit. Foto IPD Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Barry William berkata 17 motosikal telah diperiksa dan lima motosikal yang didapati diubah suai secara haram telah disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam satu operasi baru-baru ini.

Beliau berkata, sebanyak 20 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melibatkan motosikal yang ditahan.

Barry berkata, operasi bersepadu itu dijalankan susulan aduan orang awam berhubung kegiatan lumba haram yang mengganggu ketenteraman.

Menurutnya, operasi tersebut dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan bersama beberapa unit lain di sepanjang Jalan Kota Samarahan–Sadong Jaya di Kampung Rembus baru-baru ini.

OPERASI polis Samarahan terhadap mat rempit. Foto IPD Kota Samarahan

Barry berkata, kebanyakan penunggang yang ditahan berumur di bawah 30 tahun.

Beliau berkata, operasi seumpama ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti tidak sihat dalam kalangan belia serta sebagai usaha polis mencegah kemalangan jalan raya.

Beliau menasihatkan golongan belia dan orang ramai supaya tidak terlibat dalam aktiviti berbahaya yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain, khususnya aksi seperti ‘superman’ dan ‘wheelie’ yang boleh membawa kepada penahanan dan pertuduhan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menambah, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dan kenderaan boleh disita sekiranya aktiviti tersebut berterusan.

“Ingatlah orang tersayang dan hargai nyawa diri sendiri,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Cinta dalam talian berakhir duka, RM1.17 juta lesap
Next: 21 ahli kongsi gelap ditahan dalam Op Pusak Merah di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.