Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SKMM pantau isu perkhidmatan telekomunikasi di Lawas
  • WILAYAH

SKMM pantau isu perkhidmatan telekomunikasi di Lawas

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

LAWAS: Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah memberi respons terhadap aduan berhubung gangguan perkhidmatan telekomunikasi di Lawas.

Sehubungan dengan itu, pihak SKMM menghubungi Utusan Sarawak hari ini mengesahkan menerima aduan berkenaan dan akan memantau perkembangan semasa.

“Pihak kami berterima kasih atas maklum balas tersebut dan kami akan memantau usaha pihak pembekal perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak iaitu Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) melalui SACOFA Sdn Bhd dalam memastikan isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya melalui perbualan telefon hari ini.

Terdahulu, Daerah Lawas khususnya kawasan Banting dan sekitarnya mengalami gangguan telekomunikasi selama dua hari pada minggu lepas.

Gangguan ini menyebabkan ramai yang kecewa dan meluahkan perkara ini kepada Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong.

Henry Sum yang dihubungi berterima kasih kepada pihak SKMM atas tindakan pantas dan berharap agar pihak SACOFA Sdn Bhd lebih serius dalam mengatasi masalah telekomunikasi di Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan akhirnya dibaiki selepas aduan setahun
Next: Lebih RM15.1 juta diperuntuk bangunkan pendidikan dan infrastruktur di Kampung Alit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.