Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MINDEF sasar 200 veteran ATM ke AKPS
  • SEMASA

MINDEF sasar 200 veteran ATM ke AKPS

Utusan Sarawak 12 hours ago
TIMBALAN Menteri Pertahanan Adly Zahari.

MUKAH: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyasarkan sehingga 200 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diserap ke dalam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata setakat ini seramai 48 veteran ATM telah diterima menyertai AKPS dalam pengambilan siri pertama dengan kebanyakannya ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta kawasan sempadan di Semenanjung.

“Veteran ATM berpencen masih berada pada usia muda dan mempunyai latihan asas yang sesuai untuk memenuhi keperluan AKPS, khususnya dalam menjaga pintu masuk negara.

“Kita berharap lebih ramai veteran dapat diserap, termasuk di Sabah dan Sarawak dengan sasaran sehingga 200 orang bagi memenuhi keperluan AKPS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri siri jelajah Program Peduli Veteran MADANI (PVM) 2026 di Daro, Bahagian Mukah, hari ini.

Dalam pada itu, Adly berkata kementeriannya terus memperkukuh kebajikan veteran ATM menerusi Program PVM 2026 yang memberi tumpuan kepada aspek kesihatan, perumahan, pendidikan dan sosioekonomi. 

Beliau berkata program itu akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan tiada veteran ATM tercicir, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Beberapa minggu lalu kita berada di Kuching, hari ini di Daro. Dalam program kali ini, seramai 11 veteran dilawati termasuk balu veteran dan keluarga mereka, termasuk anak-anak orang kurang upaya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM300 juta tahun ini bagi membantu veteran ATM meliputi aspek kebajikan, kesihatan, perumahan dan pendidikan.

Adly berkata Sarawak mempunyai lebih 11,000 veteran ATM dan kementerian menghargai kerjasama kerajaan negeri dalam membantu golongan itu menerusi persatuan veteran. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak dan Kedah
Next: Abang Johari ada pendekatan tersendiri tangani krisis, sedia kongsi dengan Kerajaan Persekutuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.