Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peruntukan RM89,000 atasi isu tekanan air di SK Satria Jaya BDC
  • TEMPATAN

Peruntukan RM89,000 atasi isu tekanan air di SK Satria Jaya BDC

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap bersama pegawai JKR pada lawatan tapak di SK Satria Jaya BDC, hari ini.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, mengadakan lawatan tapak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Satria Jaya BDC hari ini bagi meninjau serta memajukan cadangan projek naik taraf sistem saliran perpaipan di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025.

Beliau diiringi pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana bagi projek tersebut, yang telah diluluskan dengan peruntukan RM89,000.

Lawatan ini susulan permohonan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, yang sebelum ini membangkitkan isu tekanan air rendah yang berterusan sehingga menjejaskan operasi harian sekolah.

Hasil penilaian teknikal mendapati sistem pam air sedia ada tidak lagi berfungsi dengan berkesan dan perlu diganti.

Beliau berjaya mendapatkan peruntukan RTP 2025 bagi menangani masalah itu dan memastikan sistem bekalan air yang lebih stabil untuk sekolah berkenaan.

Katanya, tujuan lawatan tersebut adalah untuk bekerjasama dengan pegawai JKR bagi memuktamadkan skop projek serta Senarai Kuantiti sebelum dokumen dihantar ke Pejabat Residen Kuching untuk peringkat pelaksanaan seterusnya, termasuk pemilihan kontraktor melalui proses cabut undi.

Menurut beliau, akses kepada bekalan air bersih dan stabil adalah amat penting, khususnya di sekolah kerana ia memberi kesan langsung kepada kebajikan serta persekitaran pembelajaran pelajar dan guru.

Tambahnya, beliau akan terus memantau perkembangan projek bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan berkesan, selaras dengan komitmennya untuk memenuhi keperluan rakyat serta meningkatkan kualiti hidup penduduk di Kota Sentosa.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerjasama Sinar Mekar–Maybank mudahkan pemilikan rumah di Gustina Residence
Next: Diskaun sewa 50 peratus bantu peniaga, kerajaan pantau impak kenaikan harga diesel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.