Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Remaja 14 tahun curi bas, pandu 200km dari Norway ke Sweden
  • GLOBAL

Remaja 14 tahun curi bas, pandu 200km dari Norway ke Sweden

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan

COPENHAGEN: Seorang budak lelaki berusia 14 tahun mencuri sebuah bas milik syarikat pengangkutan awam Norway dan memandunya sejauh 200 kilometer ke Sweden, kata polis Norway pada hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Syarikat berkenaan memaklumkan pihak polis pada awal pagi selepas menyedari kecurian itu dan mengesan kedudukan kenderaan berkenaan di negara jiran menggunakan teknologi satelit.

Polis Sweden menahan remaja itu berhampiran bandar Gothenburg di barat daya Sweden.

Pegawai kebajikan belia Norway sedang dalam perjalanan untuk mengambil alih hak penjagaan terhadapnya.

Motif kemungkinan tindakan remaja itu pada mulanya tidak jelas.

Pegawai penyiasat Rune Isaksen memberitahu penyiar awam Norway NRK bahawa remaja itu telah melakukan perjalanan tersebut sendirian selepas mencuri bas berkenaan di Vestby, kira-kira 40 kilometer di selatan Oslo.

Dalam kes serupa yang berlaku baru-baru ini di Jerman, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mencuri sebuah bas untuk menghantar teman wanitanya ke sekolah yang terletak kira-kira 130 kilometer jauhnya.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Spesies baharu cicak terancam dikenal pasti di Australia
Next: Lima individu dibicarakan di Jerman berhubung skandal diesel VW

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.