
BINTULU: Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual lampu isyarat akan dilaksanakan di Persimpangan Lampu Isyarat Bintulu Kinda esok (15 April).
Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), kerja penyelenggaraan itu dijadualkan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi arahan lalu lintas ketika melalui kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Orang ramai juga digalakkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja tersebut.
Oleh Carolyne Utih