Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi – TPM Fadillah
  • SEMASA

Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi – TPM Fadillah

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof (tiga, kiri), yang juga Menteri Peralihan,Tenaga dan Transformasi Air melawat Stesen Pelbagai Bahan Api Petroleum Sarawak (PETROS) Darul Hana di Petra Jaya pada program PETRA Skuad Zon Sarawak, hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Anggota polis akan ditempatkan sementara di 151 stesen minyak yang dikenal pasti berisiko tinggi dalam usaha membanteras ketirisan bahan api, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof.

Beliau berkata langkah berkenaan bagi membolehkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberikan tumpuan penguatkuasaan di lokasi berisiko lain termasuk depoh diesel nelayan, stesen tanpa jenama, jeti haram dan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal atau bunkering haram.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 87 stesen minyak terletak di kawasan sempadan manakala 64 lagi dikategorikan berisiko tinggi berdasarkan lonjakan jualan mencurigakan serta aktiviti melibatkan kenderaan asing dan tangki ubah suai.

“Di Sarawak sahaja, 22 stesen minyak di kawasan sempadan seperti Limbang, Lubok Antu dan Lundu akan dipantau pihak polis melalui operasi bersepadu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) peringkat negeri itu di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata sejak pelaksanaan Ops Tiris 4.0 pada 16 Mac hingga semalam, sebanyak 13,759 pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 239 kes dikesan dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM11 juta, termasuk RM6.7 juta di Sarawak sahaja.

“Kes melibatkan diesel mencatatkan jumlah tertinggi dengan 99 kes bernilai lebih RM3.1 juta, diikuti petrol RON95, Gas Petroleum Cecair (LPG) serta barangan kawalan lain seperti minyak masak, gula dan tepung gandum,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai menyokong inisiatif ‘KITA GEMPUR’, iaitu langkah kerajaan untuk membina gerakan massa dalam menangani isu ketirisan barang kawalan dan bersubsidi demi melindungi kedaulatan ekonomi negara.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 18 April tarikh akhir pemegang visa umrah tinggalkan Arab Saudi
Next: Ops Tiris 4.0: Kerajaan perhebat lima usaha kekang ketirisan minyak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.