
KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi perubahan pengawal untuk memenuhi syarat cadangan pembelian terhadap Pheim Asset Management Sdn Bhd (Pheim AM) bernilai RM50 juta.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, bank itu menjelaskan kelulusan itu diberikan pada 13 April, 2026 bagi perubahan pengawal Pheim AM, Pheim Islamic Asset Management Sdn Bhd, dan Pheim Unit Trusts Bhd selaras dengan cadangan pembelian itu.
Menurut bank itu kelulusan tersebut tertakluk kepada sebarang syarat yang dikenakan oleh SC. – Bernama