Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Saberkas medan mematangkan belia dalam memikul amanah
  • WILAYAH

Saberkas medan mematangkan belia dalam memikul amanah

Utusan Sarawak 9 hours ago
KERJASAMA… Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, Steve Lius bersama barisan Exco Saberkas Cawangan Ba’kelalan dan Bukit Sari.

LAWAS: Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (Saberkas) merupakan medan terbaik dalam melatih kepimpinan belia di peringkat akar umbi sebagai pemimpin masa depan.

Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, Steve Lius, menjelaskan bahawa proses mematangkan serta mencungkil bakat belia dalam kepimpinan sesebuah organisasi dapat dilihat melalui penglibatan dalam Saberkas.

Menurut beliau, ramai pemimpin hari ini mempunyai latar belakang sebagai ahli Saberkas.

Sehubungan dengan itu, beliau terus menggalakkan penglibatan belia dalam Saberkas di kawasan masing-masing agar mereka dapat menyelami isu-isu yang melibatkan golongan belia setempat.

MESYUARAT BERJALAN… Exco Saberkas Sarawak, Awangku Bahar Pengiran Jini sedang menjalankan tugas menyelaras Mesyuarat Agung Saberkas Cawangan Ba’Kelalan.

Steve Lius, yang terpilih semula menerajui Saberkas Cawangan Ba’Kelalan, turut menggesa agar perpaduan dan kerjasama dalam kalangan belia terus diperkukuhkan melalui platform tersebut.

“Kita bersyukur kerana selama ini mempunyai hubungan erat dengan rakan-rakan belia Saberkas di Cawangan Bukit Sari dan cawangan lain di bawah payung Saberkas.

“Hubungan baik ini penting untuk dipupuk dalam kalangan belia sebagai penerus agenda perpaduan Sarawak di semua peringkat,” katanya selepas terpilih sebagai Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan tanpa dicabar.

SESI PENERANGAN… Exco Saberkas Sarawak, Awangku Bahar Pengiran Jini bersama yang lain selepas Mesyuarat Agung pemilihan.

Mesyuarat Agung Saberkas Cawangan Ba’kelalan telah diselaraskan oleh Exco Saberkas Sarawak, Awangku Bahar Pengiran Jini.

Barisan jawatankuasa Saberkas Cawangan Ba’kelalan bagi sesi 2026–2029 ialah Steve Lius selaku Pengerusi, Serlin Sakai sebagai Naib Pengerusi I, Bidin Untong sebagai Naib Pengerusi II, Setiausaha Belinda John dibantu oleh Grace Meripa dan Mirgajawati Tali, serta Nursaidatul Fitriyana Bidin selaku Bendahari.

Jawatankuasa lain terdiri daripada Glend Meripa (Jalan Beriwan), Mark Lius (Trusan Laut), Maxwell Lalung (Jalan Lawas Damit), Refhan Kelle Dua (Jalan Merapok) dan Jeremy Joe Agung (Jalan Ba’kelalan).

Turut hadir Naib Pengerusi Saberkas Cawangan Bukit Sari, Awangku Syahrizan, Bendahari Saberkas Cawangan Bukit Sari, Awangku Mohd Ariffin Dato Pengiran Jawa dan Awang Emran Damit.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 61 KMKK terima pelanjutan, tujuh KMKK dilantik baharu di Daerah Meradong
Next: Rombongan Pesuruhjaya Polis Sarawak tinjau keperluan IPD Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.