Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seoul cari laluan alternatif bekalan minyak melalui laut merah
  • GLOBAL

Seoul cari laluan alternatif bekalan minyak melalui laut merah

Utusan Sarawak 16 hours ago
SEOUL cari laluan alternatif bekalan minyak melalui laut merah. Gambar hiasan. Foto agensi

SEOUL: Menteri Industri Korea Selatan, Kim Jung-kwan pada Ahad berkata, Arab Saudi telah berjanji untuk mengutamakan penghantaran minyak ke negara itu ketika Seoul mencari laluan alternatif melalui Laut Merah, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pihak berkuasa di Seoul sedang berusaha menghantar lima kapal berdaftar di Korea Selatan ke bandar pelabuhan Yanbu di Arab Saudi di pantai Laut Merah bagi membantu mewujudkan laluan bekalan alternatif susulan Selat Hormuz yang secara berkesan ditutup di tengah-tengah konflik Asia Barat.

“Kami sedang menyediakan langkah bagi membolehkan kapal kami menggunakan laluan Laut Merah, termasuk kemungkinan operasi pengiring oleh kapal pemusnah Dae Joyoung daripada unit Cheonghae,” kata Kim dalam temu bual radio.

Kim menekankan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi telah berjanji untuk memperuntukkan penghantaran minyak kepada Korea Selatan secara keutamaan.

Beliau menambah bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mempelbagaikan import minyak mentah dengan meningkatkan pembelian dari Amerika Syarikat dan Kazakhstan.

Harga minyak melonjak susulan serangan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran pada akhir Februari lepas, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi dan inflasi di Korea Selatan, yang sangat bergantung kepada import dari Asia Barat bagi bekalan tenaga. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Penyanyi Legenda India Asha Bhosle meninggal dunia pada usia 92 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.