Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelantikan Ketua Kampung Lepo K perkukuh pentadbiran komuniti di Long Banga
  • Utara
  • WILAYAH

Pelantikan Ketua Kampung Lepo K perkukuh pentadbiran komuniti di Long Banga

Utusan Sarawak 16 hours ago
HADIR…Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu, Datuk Gerawat Gala bersalaman dengan komuniti Long Banga ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Pelantikan Ketua Kampung Kenyah Lepo K, semalam.

MIRI: Pelantikan Ketua Kampung baharu bagi komuniti Kenyah Lepo K dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh pentadbiran serta memastikan pembangunan lebih tersusun di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata, pelantikan Sally Bungan Bat sebagai Ketua Kampung Lepo K amat tepat pada masanya selepas kawasan itu sekian lama tidak mempunyai ketua sendiri dan sebelum ini ditadbir di bawah pentadbiran Ketua Kampung Long Banga.

Menurut beliau, setiap komuniti mempunyai adat resam, cara hidup dan keperluan tersendiri, justeru kepimpinan daripada komuniti sendiri amat penting bagi memastikan urusan pentadbiran dilaksanakan secara lebih harmoni dan berkesan.

“KMKK merupakan jambatan antara rakyat dan kerajaan serta memainkan peranan penting sebagai penyampai suara rakyat. Mereka juga menjadi pemimpin barisan hadapan dalam menjaga kebajikan komuniti dan memastikan perpaduan sentiasa kukuh,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas Majlis Kesyukuran Pelantikan Ketua Kampung Kenyah Lepo K, semalam.

HADIR…Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu, Datuk Gerawat Gala bersalaman dengan komuniti Long Banga ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Pelantikan Ketua Kampung Kenyah Lepo K, semalam.

Gerawat turut menegaskan bahawa kepimpinan di peringkat kampung amat penting dalam memastikan pelaksanaan dasar serta inisiatif kerajaan dapat disampaikan dengan baik, selain membantu melancarkan pembangunan setempat.

Dalam pada itu, Gerawat yakin Sally mampu memikul tanggungjawab tersebut dengan baik berbekalkan pengalaman, komitmen serta sokongan padu daripada masyarakat setempat.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak kekal komited dalam membawa pembangunan ke kawasan luar bandar termasuk pedalaman seperti Long Banga dan Lepo K, antaranya melalui pengambilalihan jalan balak untuk dinaik taraf menjadi laluan lebih selamat dan selesa.

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan cek bantuan dana sebanyak RM7,000 daripada peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Mulu sebagai perbelanjaan permulaan pengurusan JKKK Lepo K.

Gerawat dalam masa sama mengucapkan tahniah kepada seluruh komuniti Kenyah Lepo K atas semangat Kerjasama yang ditunjukkan, sambil menegaskan bahawa kejayaan sebenar bergantung kepada tahap perpaduan dan kerjasama masyarakat setempat.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: SMG 2026 himpunkan komuniti permotoran serantau
Next: Pelancongan inap desa peluang ekonomi baharu komuniti Nanga Dong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.