Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Sibu–Tebing Barat dijangka jadi pemangkin pembangunan
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Sibu–Tebing Barat dijangka jadi pemangkin pembangunan

Utusan Sarawak 21 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tiga dari kanan) semasa merasmikan program Gong Xi Raya di SMI Park, Sungai Maaw di Sibu, semalam.

SIBU: Cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan pusat bandar Sibu (Kampung Hilir/Simpang Tiga) ke kawasan Tebing Barat (Sungai Bidut) kini berada di peringkat penelitian reka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dijangka menjadi kenyataan dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, projek tersebut mendapat perhatian segera selepas dikemukakan oleh Kaunselor Kevin Lau di hadapan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tahun lalu.

“Apabila cadangan itu dikemukakan, Premier terus bertanya panjang jambatan tersebut dan sebaik dimaklumkan sekitar 400 meter, beliau terus bersetuju,” katanya pada program Gong Xi Raya di SMI Park, Sungai Maaw di sini, semalam.

Menurut beliau, perkara itu kini dalam penelitian JKR yang sedang menilai dua hingga tiga reka bentuk termasuk konsep seperti London Bridge, jambatan tinggi serta kemungkinan reka bentuk kabel.

KAUNSELOR Kevin Lau (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr Sim sebagai tanda penghargaan menghadiri program Gong Xi Raya di SMI Park, Sungai Maaw di Sibu, semalam.

“Sekarang kita hanya menunggu keputusan Premier untuk menentukan jenis jambatan. Selepas itu, proses pelantikan perunding dan tender akan dilaksanakan,” katanya.

Dr Sim berkata, pembinaan jambatan tersebut amat dinantikan penduduk Tebing Barat Sibu kerana ia dijangka membawa impak besar terhadap pembangunan kawasan berkenaan.

“Ramai mungkin tidak sedar, tetapi apabila jambatan ini siap menghubungkan pusat bandar ke Tebing Barat Sibu, keseluruhan kawasan itu akan pesat membangun.

“Nilai tanah di situ juga berpotensi meningkat dengan cepat dan boleh menjadi kawasan bernilai tinggi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Sarawak kini mempunyai kira-kira 20 jambatan, hasil keputusan kerajaan negeri untuk membiayai sendiri projek infrastruktur selepas beberapa projek sebelum ini dibatalkan.

“Jika kita terus menunggu, kos pembinaan sekarang sudah meningkat lebih 40 peratus. Jadi keputusan untuk melaksanakan projek sendiri sebelum ini adalah tepat,” katanya.

Tambah beliau, pembangunan pesat infrastruktur termasuk pembinaan jambatan merupakan hasil usaha berterusan wakil rakyat dan agensi terlibat dalam membawa perubahan kepada Sarawak.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek dan Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Aidilfitri Gita Laut meriah dengan kehadiran TPM Datuk Amar Fadillah Yusof
Next: Penduduk rumah panjang digalak bekerjasama dengan polis tangani ancaman jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.