Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arteta gesa Arsenal bangkit selepas ‘tamparan hebat’
  • SUKAN

Arteta gesa Arsenal bangkit selepas ‘tamparan hebat’

Utusan Sarawak 18 hours ago

Alex Scott (tengah) meraikan jaringan gol kedua Bournemouth ketika menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London, hari ini. - Foto AFP

LONDON: Pengurus Mikel Arteta menggesa Arsenal bangkit selepas kekalahan 2-1 kepada Bournemouth yang disifatkannya sebagai ‘tamparan hebat’ dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kini masih mendahului sembilan mata di depan Manchester City namun kelebihan itu kian terancam dengan baki enam perlawanan serta City memiliki dua aksi dalam tangan.

Arteta mengakui prestasi anak buahnya jauh di bawah tahap sebenar dan berdepan cabaran besar untuk memulihkan mental pasukan selepas tiga kekalahan berturut-turut dalam saingan domestik.

Beliau turut menegaskan keperluan pemain utama seperti Bukayo Saka dan Martin Odegaard kembali cergas bagi menguatkan pasukan.

Arsenal bakal berdepan Sporting Lisbon dalam aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara UEFA sebelum pertembungan penting menentang City yang boleh menentukan nasib musim mereka. – AFP

Continue Reading

Previous: Salah, Ngumoha reda krisis Liverpool
Next: Lavinia, Abang Afiq ungguli SSC-ABAS U21 April Roll-Off 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.