MARUDI : Penyambungan Tebingan sungai ( waterfront) fasa 2 dari Tua Pek Kong Marudi melalui Kampung Dagang, Masjid As-Salam Marudi dan terus ke SK Dato Sharif Hamid satu lagi mercu tanda dan akan mengubah wajah pekan Marudi.
Kos pembinaan projek tersebut sebanyak RM12 juta menyaksikan pekan Marudi pesat membangun di bawah kerajaan Gabungan Pari Sarawak (GPS ) dipimpin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melalui wakil rakyatnya Datu Dr Penguang anak Manggil.
Dalam sesi dialog diketuai Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Udnagan Negeri N.76 Marudi Datu Dr Penguan anak Manggil di bangunan Majlis Dewah Marudi, Penguang berkata sesi dialog diadakan bagi mendapat input dan maklumbalas daripada penduduk kampug yang terlibat terutama wakil kampung Dagang dan kampung Narum mengenai rekabentuk dan pelaksanaan projek ini daripada tengingan sungai sedia ada yang masih dalam proses pembinaan.
“Sesi dialog ini penting supaya kita dapat input dan apa jua idea daripada orang tempatan itu sendiri,”katanya kepada Utusan Sarawak.
Katanya penyambungan tebingan sungai tersebut yang telah diluluskan Ketua Menteri dalam lawatan beliau ke Marudi tahun lepas amat bermakna sebab projek ini adalah milik orang tempatan meskipun dibiayai kerajaan.
“Kita mahu orang tempatan itu sendiri mereka bentuk projek ini mengikut selera mereka dan sesi dialaog ini juga amat bermakna sebab dengan berbuat demikian maka kita dapat input daripada penduduk Kampung yang terlibat seperti kampung Dagang dan kampung Narum,’ ujarnya.
Tambahnya, dialog seperti ini sangat penting bagi memastikan projek yang bakal dilaksanakan menepati keperluan penduduk.
Dalam pada itu jelas Penguang selepas dialog ini semua input akan dimasukan dalam skop penyambungan tebingan sungai di mana tender akan dibuka selepas ini.
Katanya kalau ada baki daripada RM12 juta ini akan digunakan untuk menambahbaik reka bentuk sedia ada seperti memasang pasar, menanam pokok dan membuat landaskap yang lain.
Turut hadir pada sesi dialog tersebut pegawai daerah Marudi Mackos Sibong, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselior Edward Mendai, wakil Setiausaha Majlis Daerah Marudi, Ketua-Ketua Jabatan, ahli-ahli majlis, ketua-ketua masyarakat, ketua kaum dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NG0 ).
Oleh Jiku Juguong