Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Khas Lampu HID/LED: 546 kenderaan diperiksa, lapan disita di Kuching
  • JENAYAH

Ops Khas Lampu HID/LED: 546 kenderaan diperiksa, lapan disita di Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago
LAPAN kenderaan disita dalam Ops Khas Lampu HID/LED oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching di Jalan Dato Patinggi Abdul Rahman Yakub. Foto JPJ Negeri Sarawak

KUCHING: Sebanyak 546 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dalam Ops Khas Lampu HID/LED oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching di Jalan Dato Patinggi Abdul Rahman Yakub, dengan lapan daripadanya disita atas pelbagai kesalahan, baru-baru ini.

LAPAN kenderaan disita dalam Ops Khas Lampu HID/LED oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching di Jalan Dato Patinggi Abdul Rahman Yakub. Foto JPJ Negeri Sarawak

Operasi tersebut dilaksanakan sebagai langkah proaktif bagi mengesan serta membanteras kesalahan yang boleh menjejaskan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

LAPAN kenderaan disita dalam Ops Khas Lampu HID/LED oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching di Jalan Dato Patinggi Abdul Rahman Yakub. Foto JPJ Negeri Sarawak

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan utama termasuk tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran serta lain-lain kesalahan teknikal kenderaan.

Daripada jumlah sitaan, ia melibatkan empat motokar, sebuah kenderaan pikap dan tiga motosikal atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

LAPAN kenderaan disita dalam Ops Khas Lampu HID/LED oleh Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching di Jalan Dato Patinggi Abdul Rahman Yakub. Foto JPJ Negeri Sarawak

Menurut JPJ Sarawak, tindakan penguatkuasaan telah diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, selain menegaskan komitmen berterusan untuk mempergiat operasi seumpama ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga asing bertindak agresif di T2 KLIA telah ditahan dan dakwa – Polis
Next: IPD Meradong tahan wanita disyaki terlibat loteri awam tanpa lesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.