Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pustaka Miri anjur ceramah Sarawakiana angkat nilai cerita rakyat
  • Utara
  • WILAYAH

Pustaka Miri anjur ceramah Sarawakiana angkat nilai cerita rakyat

Utusan Sarawak 15 hours ago
POSTER program Sarawakiana bertajuk ‘Cerita Rakyat: Nilai Moral dan Pengajaran Tersembunyi

MIRI: Orang ramai dijemput menghadiri Siri Ceramah Sarawakiana bertajuk ‘Cerita Rakyat: Nilai Moral dan Pengajaran Tersembunyi’ yang akan berlangsung pada 15 April ini.

Ceramah itu akan diadakan di Auditorium Pustaka Miri bermula dari 2.00 hingga 5.00 petang.

Ia dianjurkan sebagai platform intelektual bagi memperkasa perkongsian ilmu berkaitan budaya, warisan dan pembangunan masyarakat Sarawak.

Menurut Pegawai Pustaka Miri, Davidsal Jimmy Berayen, penganjuran ceramah tersebut mencerminkan komitmen berterusan institusi itu dalam memastikan warisan tradisional terus relevan dalam era moden.

“Melalui penganjuran ini, Pustaka Negeri Sarawak, Miri terus komited memastikan warisan tradisional kekal relevan dalam era moden serta berfungsi sebagai pusat ilmu yang menyokong pembangunan komuniti berpengetahuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ceramah berkenaan akan disampaikan oleh Dr Patricia Ganing, pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang akan mengupas peranan cerita rakyat sebagai medium penyampaian nilai moral serta pengajaran tersirat.

Selain itu, beliau turut akan menyentuh kepentingan warisan cerita rakyat dalam membentuk identiti masyarakat serta memastikan kelangsungannya dalam era globalisasi.

Program tersebut juga dilihat mampu menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat di samping menyemai minat terhadap pembacaan dan kesusasteraan.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui pautan yang disediakan oleh pihak penganjur atau menghubungi talian rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Miri untuk maklumat lanjut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPPM digesa buka pejabat cawangan di Sibu
Next: Pelantikan Ahli Parlimen PBB sebagai ketua cawangan perkukuh kekuatan GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.