Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih 100,000 pelawat kunjungi destinasi legasi P. Ramlee setiap tahun
  • NASIONAL

Lebih 100,000 pelawat kunjungi destinasi legasi P. Ramlee setiap tahun

Utusan Sarawak 5 hours ago
YANG Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib (duduk) bergambar di hadapan Rumah Kelahiran P.Ramlee hari ini. Tun Ramli menyempurnakan perasmian Program Kayuhan Jejak Seniman Rumah Kelahiran P.Ramlee dengan melakukan kayuhan sejauh 14.1 kilometer dari kediaman rasminya Seri Mutiara di Jalan York ke rumah kelahiran P.Ramlee pagi tadi. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Lebih 100,000 pelawat dari dalam dan luar negara mengunjungi Rumah Kelahiran dan Galeri P. Ramlee di sini dan Pustaka Peringatan P. Ramlee di Kuala Lumpur setiap tahun, sekali gus membuktikan legasi seniman agung itu terus mendapat tempat di hati masyarakat.

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) Zaidin Mohd Noor berkata sambutan memberangsangkan itu mencerminkan minat berterusan peminat seni tempatan dan antarabangsa terhadap tokoh berkenaan yang terkenal sebagai penyanyi, pelakon serta pengarah tersohor.

YANG Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib mengayuh basikal sambil melambai tangan semasa melawat Rumah Kelahiran P.Ramlee hari ini. Foto BERNAMA

Beliau berkata pengunjung bukan sahaja terdiri daripada rakyat tempatan, tetapi juga melibatkan pelawat dari rantau Asia termasuk Thailand, Indonesia dan Singapura yang ingin melihat sendiri peninggalan serta sejarah hidup seniman berkenaan.

“Secara purata, kedua-dua lokasi ini menerima lebih 100,000 pengunjung setiap tahun, sekali gus memperlihatkan pengaruh dan daya tarikan legasi Tan Sri P. Ramlee yang kekal relevan merentas generasi,” katanya kepada pemberita selepas Program Kayuhan Jejak Seniman: Rumah Kelahiran P. Ramlee di sini, hari ini.

Program itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib yang mengayuh basikal sejauh 14.1 kilometer dari kediaman rasminya di Seri Mutiara, Jalan York bersama-sama lima pengiringnya dan merentasi bandar raya George Town.

YANG Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib bergambar sambil menunggang skuter yang dipamerkan di Galeri P.Ramlee semasa melawat Rumah Kelahiran P.Ramlee hari ini. Turut sama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) Zaidin Mohd Noor. Foto BERNAMA

Rombongan kayuhan Tun Ramli sempat berhenti seketika untuk rehat di Taman Arkeologi Sia Boey,  sebuah lokasi yang terkenal dengan nilai arkeologi dan sejarahnya yang tersendiri sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama, iaitu Rumah Kelahiran P. Ramlee di Jalan P. Ramlee.

Sebaik Tun Ramli tiba di Rumah Kelahiran P. Ramlee dan Galeri P. Ramlee pada 8.30 pagi, beliau disambut Zaidin sebelum dibawa melawat kawasan berkenaan dan diberi penerangan lanjut tentang usaha pemuliharaan warisan seniman negara oleh pihak ANM.

Mengulas lanjut, Zaidin berkata rumah kelahiran seniman itu yang dibina pada 1926 kini mencecah usia satu abad dan telah diambil alih oleh ANM pada 1990-an sebelum melalui beberapa fasa naik taraf.

Beliau berkata secara keseluruhan, kos perolehan dan naik taraf rumah kelahiran P. Ramlee mencecah kira-kira RM300,000 bagi memastikan tapak bersejarah itu terus terpelihara dan relevan sebagai destinasi pelancongan.

YANG Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib (kanan) melawat Galeri P.Ramlee semasa melawat Rumah Kelahiran P.Ramlee hari ini. Turut sama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) Zaidin Mohd Noor. Foto BERNAMA

“Bagi memperkasakan lagi promosi warisan seni negara, Program Kayuhan Jejak Seniman dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Rumah Kelahiran P. Ramlee dan program itu merupakan satu inisiatif memperkenalkan destinasi pelancongan berasaskan tokoh seni kepada masyarakat pada peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Zaidin berkata selain itu, pelbagai program akan diadakan secara berperingkat sepanjang tahun ini termasuk seminar berkaitan tokoh, seni bina rumah, serta pengisian berbentuk muzik dan audio siar melibatkan individu yang pernah bekerjasama dengan P. Ramlee.

“Kemuncak sambutan dijangka berlangsung pada Jun ini dengan pengisian lebih besar dan menyeluruh bagi menghargai sumbangan Allahyarham P. Ramlee dalam industri seni,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasukan pertama 141 petugas haji berlepas ke tanah suci pastikan operasi lancar
Next: DPMM cadang Skim Pengembara diperluas kepada pekerja Malaysia di luar negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.