Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan Yayasan Perpaduan Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan Yayasan Perpaduan Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Perpaduan Sarawak di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Perpaduan Sarawak di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Kunjungan tersebut disertai oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta tetamu kenamaan lain.

Pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan mengenai peranan dan hala tuju yayasan, termasuk usaha memperkukuh warisan tradisi pelbagai suku kaum dan etnik di Sarawak serta inisiatif memelihara budaya asli yang menjadi teras identiti masyarakat berbilang kaum.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi turut berkongsi pengalaman beliau sebagai panduan dalam memperkukuh peranan Yayasan Perpaduan Sarawak agar terus relevan sebagai platform memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Kunjungan ini turut mencerminkan hubungan erat antara institusi dan kepimpinan negeri dalam memperkasa agenda pembangunan yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP Cawangan Batu Kitang sambut 30 ahli baharu, perkukuh perpaduan
Next: AZAM, Ibrandium meterai MoU jayakan podcast ‘Kelaka Belia’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.