Sepakan percuma Julian Alvarez membuka jaringan ketika Atletico Madrid menewaskan Barcelona 2-0 di Camp Nou. Foto AFP
BARCELONA: Atletico Madrid memanfaatkan kelebihan pemain untuk menewaskan Barcelona 2-0 dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Camp Nou, awal pagi ini.
Jaringan Julian Alvarez menerusi sepakan percuma dan gol Alexander Sorloth memastikan skuad kendalian Diego Simeone membawa bekalan selesa ke aksi timbal balik di Madrid.
Perlawanan berubah selepas pertahanan muda Barca, Pau Cubarsi dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Giuliano Simeone yang sedang menuju gol.
Alvarez tidak mensia-siakan peluang apabila meledak sepakan percuma cantik sebelum Sorloth menggandakan kelebihan pada babak kedua.
Walaupun bermain 10 orang, Barca tetap memberi tentangan sengit, namun ketumpulan penyudah – termasuk peluang keemasan Marcus Rashford, menghampakan tuan rumah.
Pengendali Barca, Hansi Flick turut mempersoalkan keputusan VAR, namun Simeone menyifatkan keputusan pengadil sebagai ‘logik’.
Kekalahan itu menyaksikan Barca berdepan tugas sukar untuk bangkit pada aksi kedua, manakala Atletico kini semakin hampir melangkah ke separuh akhir – trofi yang masih belum pernah dimenangi mereka.- AFP