
PADAWAN: Tiga remaja tempatan ditahan susulan cubaan mencuri yang tular di media sosial, kata Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi.
Beliau berkata, dua siri serbuan telah dijalankan semalam dan hari ini di dua lokasi berasingan iaitu Kampung Stapok, Jalan Batu Kawa, dan Kampung Haji Baki.
Operasi itu membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan berumur antara 15 hingga 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes cubaan curi tersebut.
Menurut Supt Mohd Irwan Hafiz, kejadian berlaku pada malam 2 April. Suspek berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan semalam dan hari ini.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.
Oleh Connie Chieng