Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kereta api laju Perancis rempuh lori, pemandu TGV maut
  • GLOBAL

Kereta api laju Perancis rempuh lori, pemandu TGV maut

Utusan Sarawak 19 hours ago
ANGGOTA bomba dan pegawai polis membawa keluar seorang mangsa dari bangkai kereta api TGV selepas berlanggar dengan sebuah lori di lintasan aras antara Bethune dan Lens, di Bully-les-Mines, wilayah Pas-de-Calais, utara Perancis pada 7 April 2026. Foto AFP

BULLY-LES-MINES, Perancis: Sebuah kereta api laju Perancis merempuh sebuah lori yang membawa kenderaan tentera di utara negara itu semalam mengorbankan pemandu TGV serta mencederakan dua individu, menurut pihak berkuasa.

Pemandu lori berkenaan ditahan polis selepas kereta api yang dalam perjalanan dari bandar Dunkirk ke Paris dengan membawa 243 penumpang itu bertembung dengan kenderaan tersebut di lintasan aras di Bully-les-Mines.

Hentaman kuat itu menyebabkan kenderaan tentera seberat puluhan tan yang berada di atas lori tercampak kira-kira 10 meter sebelum mendarat berhampiran kawasan taman persendirian.

Pemandu kereta api berusia 56 tahun, yang disifatkan sebagai seorang profesional berpengalaman, maut di tempat kejadian, kata pendakwa tempatan, Etienne Thieffry.

PEGAWAI polis berdiri di atas jalan selepas perlanggaran di lintasan aras antara sebuah kereta api TGV dan lori di antara Bethune dan Lens, di Bully-les-Mines, wilayah Pas-de-Calais, utara Perancis pada 7 April 2026. Foto AFP

Dua individu dilaporkan cedera parah, namun tidak mengancam nyawa, manakala 14 yang lain mengalami kecederaan ringan.

Perlanggaran berlaku pada 6.48 pagi (4.48 GMT) ketika kereta api itu bergerak pada kelajuan dianggarkan 160 kilometer sejam.

Kereta api tersebut terus bergerak sejauh beberapa ratus meter sebelum berhenti di landasan, kata prefek wilayah, Francois-Xavier Lauch, kepada wartawan.

Dentuman kuat

Menurut sumber tentera, lori awam itu sedang mengangkut kenderaan lintasan halangan yang digunakan dalam latihan di Belgium dan dijadualkan dihantar semula ke bandar Angers.

Pemandu lori kini ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada dia melanggar lintasan aras secara paksa.

“Saya baharu terjaga daripada tidur apabila terdengar dentuman kuat,” kata seorang saksi, Pierre-Francois Dhoossche, 22.

PRESIDEN syarikat kereta api Perancis, SNCF, Jean Castex (tengah), bersama Presiden Majlis Wilayah Hauts-de-France, Xavier Bertrand (ketiga kiri), memberi kenyataan kepada media selepas perlanggaran sebuah kereta api TGV dengan lori di lintasan aras antara Bethune dan Lens, di Bully-les-Mines, wilayah Pas-de-Calais, utara Perancis pada 7 April 2026. Foto AFP

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian, beliau melihat pemandu lori “kelihatan agak terkejut”, sambil menambah bahawa bahagian belakang treler telah dirempuh kereta api.

Datuk Bandar Mazingarbe, Laurent Poissant, berkata kereta api itu “nasib baik” tidak bergerak pada kelajuan maksimum.

Lebih 80 anggota bomba serta puluhan anggota polis dan petugas lain dikerahkan ke lokasi kejadian. Pasukan penyelamat dilihat memeriksa bahagian hadapan kereta api yang remuk.

Ketua Pegawai Eksekutif pengendali kereta api nasional, SNCF, Jean Castex, memaklumkan bahawa lintasan aras tersebut berada dalam keadaan baik.

Perkhidmatan kereta api di laluan itu akan digantung sekurang-kurangnya seminggu, katanya. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pengeluaran minyak OPEC terendah dalam empat dekad pada Mac
Next: Enam maut dalam banjir di Dagestan, Rusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.