Motosikal musnah terbakar di Jalan Tebakang

Facebook
WhatsApp
MOTOSIKAL musnah terbakar di Jalan Tebakang

SERIAN: Sebuah motosikal musnah terbakar sepenuhnya dalam kejadian di Jalan Tebakang Kampung Tangga Mawang, di sini, malam ini. 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.13 malam. 

MOTOSIKAL musnah terbakar di Jalan Tebakang

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 7.17 malam dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah motosikal jenis SM Sport yang terbakar sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” jelas ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan I Rosnani Malong dalam satu kenyataan. 

Operasi itu ditamatkan pada jam 7.27 malam selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.

Oleh Adele Rissa

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis