Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf Jalan Padawan Fasa 1 capai 54 peratus, dahului jadual dan manfaatkan 6,000 penduduk
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek naik taraf Jalan Padawan Fasa 1 capai 54 peratus, dahului jadual dan manfaatkan 6,000 penduduk

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK AIDEL LARIWOO mendengar taklimat mengenai projek naik taraf Jalan Padawan Fasa 1 dari Tapah ke Teng Bukap pada sidang media di Tapah, Padawan, hari ini. Foto Norman B

PADAWAN: Projek naik taraf Jalan Padawan Fasa 1 dari Tapah ke Teng Bukap sepanjang 14.9 kilometer kini mencapai kemajuan 54 peratus, mendahului jadual asal. Projek ini memberi manfaat kepada kira-kira 6,000 penduduk serta menyokong industri pelancongan tempatan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, berkata projek yang sebelum ini ditamatkan telah ditawarkan semula kepada kontraktor baharu selepas isu struktur tidak sah dalam rizab jalan diselesaikan, termasuk pemberian pampasan kepada pihak terlibat.

Beliau menambah, isu berkenaan telah diselesaikan melalui pendekatan kerajaan, termasuk pemberian pampasan kepada pihak terbabit. Projek dijangka siap sepenuhnya pada Februari tahun hadapan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Tapah, Padawan, semasa mengadakan lawatan ke tapak projek jalan. Beliau memaklumkan Fasa 2 akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), melibatkan jajaran dari Teng Bukap ke Kampung Anah Rais sepanjang 15 kilometer, dengan reka bentuk sudah siap untuk pelaksanaan.

JALAN Padawan Fasa 1 dari Tapah ke Teng Bukap ditunjukkan kepada Datuk Aidel. Foto: Norman B

Menurut Aidel Lariwoo, projek ini bukan sahaja meningkatkan akses dan keselamatan jalan raya, tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk tempatan melalui kemudahan pengangkutan dan pelancongan yang lebih baik.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan negeri, kontraktor, serta masyarakat setempat bagi memastikan projek berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Kejayaan projek ini bergantung kepada komitmen semua pihak,” tambah beliau.

Projek berkenaan juga dijangka menjadi titik tumpuan pelancongan baharu di Padawan, memandangkan laluan berkenaan menghubungkan kawasan kampung dengan tarikan semula jadi dan pusat rekreasi, sekali gus meningkatkan potensi ekonomi tempatan.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat serahkan cek peruntukan MRP kepada 23 penerima
Next: Lelaki cedera tangan tersepit mesin pembuat roti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.