Lima unit getah penghadang jeti terbakar di kawasan industri Bintulu

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba memadam kebakaran lima unit getah penghadang jeti di kawasan Shin Yang Sdn. Bhd di Bintulu, malam tadi.

BINTULU: Kebakaran melibatkan lima unit getah penghadang jeti dilaporkan berlaku di kawasan Shin Yang Sdn. Bhd di sini, malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.09 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi.

ANGGOTA bomba memadam kebakaran lima unit getah penghadang jeti di kawasan Shin Yang Sdn. Bhd di Bintulu, malam tadi.

“Setiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan lima unit getah penghadang jeti di kawasan bengkel tanpa melibatkan struktur bangunan.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan dua nozel serta dua tong buih sehingga kebakaran dipadamkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Operasi ditamatkan pada jam 9.13 malam, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan setakat ini.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis