Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen di Jalan Pelabuhan

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan kerja pembersihan sisa minyak di lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di lampu isyarat Jalan Pelabuhan, Kuching. Foto JBPM 

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di lampu isyarat Jalan Pelabuhan, di sini malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.50 malam. 

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, pasukan operasi mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori simen dan sebuah motosikal.

ANGGOTA bomba menjalankan kerja pembersihan sisa minyak di lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di lampu isyarat Jalan Pelabuhan, Kuching. Foto JBPM 

“Terdapat seorang mangsa iaitu penunggang motosikal didapati berada di bawah lori simen dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa bagaimanapun tidak tersepit dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata Komander Operasi, PBK I Tahir Tuah dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Ramfullah Dahan, 26 tahun dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Adele Rissa