Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Aidilfitri SK Lela Pahlawan Lingga perkukuh perpaduan warga sekolah dan komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

Majlis Aidilfitri SK Lela Pahlawan Lingga perkukuh perpaduan warga sekolah dan komuniti

Utusan Sarawak 24 hours ago
DAYANG Noorazah semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran SK Lela Pahlawan Lingga dekat sini kelmarin. Foto: ADUN Lingga

LINGGA: Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan Lingga berlangsung meriah dalam suasana penuh harmoni di Dewan Sri Pahlawan, sekali gus menghimpunkan warga pendidik, ibu bapa serta komuniti setempat dalam semangat Syawal yang penuh keberkatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, penganjuran program seumpama ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan antara sekolah dan masyarakat.

DAYANG Noorazah semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran SK Lela Pahlawan Lingga dekat sini kelmarin. Foto: ADUN Lingga

Beliau yang hadir sebagai tetamu kehormat menzahirkan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan pendidikan di kawasan tersebut, di samping menghargai usaha pihak sekolah dalam menganjurkan program berimpak tinggi kepada komuniti.

Menurut beliau, selain mengeratkan silaturahim, program ini juga menjadi platform penting dalam memupuk nilai perpaduan, hormat-menghormati dan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah serta masyarakat setempat.

DAYANG Noorazah semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran SK Lela Pahlawan Lingga dekat sini kelmarin. Foto: ADUN Lingga

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelbagai pihak termasuk wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman, pentadbiran daerah, kepimpinan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pemimpin masyarakat setempat.

Kehadiran semua pihak membuktikan semangat kerjasama yang kukuh, sekali gus menjadi asas penting dalam memastikan kejayaan pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh.

Dalam pada itu, penghargaan turut diberikan kepada warga SK Lela Pahlawan Lingga yang terdiri daripada para pendidik dan murid yang bertungkus lumus menjayakan majlis serta mempersembahkan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan.

Majlis tersebut diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan sejahtera selaras dengan aspirasi pembangunan komuniti yang inklusif.

Turut hadir wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Daerah Sri Aman, Ustaz Syaifullah Ismail; Guru Besar SK Lela Pahlawan Lingga, Morshidi Uki; wakil Pegawai Daerah Lingga, Nurshazani Fadli Salihin; Yang Dipertua PIBG, Nazarhiyah Rosli dan Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sri Aman, Yahkup Rahim.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis, JKM selamatkan lelaki dalam ‘Op Gelandangan’ di Tebingan Sri Aman
Next: Jambatan Batang Lupar, simbol silaturrahim dan nadi baharu ekonomi pesisir Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.