Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis, JKM selamatkan lelaki dalam ‘Op Gelandangan’ di Tebingan Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis, JKM selamatkan lelaki dalam ‘Op Gelandangan’ di Tebingan Sri Aman

Utusan Sarawak 18 hours ago
OPERASI khas Op Gelandangan yang dijalankan di kawasan Tebingan Sri Aman, hari ini. Foto: IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman telah melaksanakan satu operasi khas Op Gelandangan di kawasan Tebingan Sri Aman, hari ini.

Menurut kenyataan media IPD Sri Aman, operasi tersebut dijalankan sebagai langkah proaktif bagi menangani isu gelandangan serta individu yang memerlukan bantuan kebajikan di kawasan awam.

Dalam operasi berkenaan, seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun telah ditemui dalam keadaan dipercayai kurang siuman di sekitar kawasan waterfront tersebut.

OPERASI khas Op Gelandangan yang dijalankan di kawasan Tebingan Sri Aman, hari ini. Foto: IPD Sri Aman

Pihak berkuasa kemudian mengambil tindakan segera dengan membawa individu tersebut untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan sewajarnya.

Lelaki berkenaan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman untuk tindakan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman bagi tujuan pemeriksaan serta rawatan psikiatri.

Hasil pemeriksaan dan tindakan susulan, individu tersebut dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil.

OPERASI khas Op Gelandangan yang dijalankan di kawasan Tebingan Sri Aman, hari ini. Foto: IPD Sri Aman

Pada hari yang sama, lelaki itu kemudiannya berjaya diserahkan kepada ahli keluarganya di Betong selepas segala urusan berkaitan selesai dilaksanakan.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu gelandangan atau mereka yang memerlukan bantuan kebajikan di kawasan masing-masing.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dana implan koklea dua kanak-kanak melepasi separuh sasaran dalam 13 hari
Next: Majlis Aidilfitri SK Lela Pahlawan Lingga perkukuh perpaduan warga sekolah dan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.