Ferrari disita dalam Ops Luxury

Facebook
WhatsApp
Ferrari disita

KUCHING: Sebuah Ferrari telah disita dalam operasi Ops Luxury yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak selepas pemeriksaan mendapati kenderaan itu melakukan beberapa kesalahan.

Menerusi laman Facebook rasmi JPJ Sarawak, kenderaan tersebut didapati memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh, tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah serta tidak mempamerkan nombor pendaftaran hadapan.

Susulan itu, kenderaan berkenaan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tindakan lanjut selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Oleh Connie Chieng

Tiga wanita cuba curi kabel SEB ditahan

MIRI: Cubaan tiga wanita mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis berhampiran Balai Bomba