Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Adela Ida muncul wanita Iban pertama terajui MSPTM
  • INSPIRASI

Adela Ida muncul wanita Iban pertama terajui MSPTM

Utusan Sarawak 11 hours ago
SAINTIS bioperubatan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Institut Kesihatan Negara (NIH), Adela Ida Jiram dipilih sebagai presiden Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia (MSPTM) yang baharu, sekali gus menjadi wanita Sarawak dan Iban pertama menyandang jawatan itu.

KUALA LUMPUR: Saintis bioperubatan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Institut Kesihatan Negara (NIH), Adela Ida Jiram dipilih sebagai presiden Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia (MSPTM) yang baharu, sekali gus menjadi wanita Sarawak dan Iban pertama menyandang jawatan itu.

Beliau dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 persatuan itu baru-baru ini. 

Dalam kenyataan, MSPTM memaklumkan pemilihan Adela Ida adalah tepat pada masanya, seiring usaha Malaysia memperkukuh keupayaan dalam penyelidikan, kesiapsiagaan kesihatan awam dan pengiktirafan saintifik di peringkat global.

Menurut kenyataan itu, Adela Ida dijangka mampu memperkasa usaha persatuan dalam pembangunan profesional, pertukaran saintifik serta penglibatan di peringkat nasional berkaitan isu parasitologi dan perubatan tropika.

“Bagi MSPTM, pemilihan beliau bukan sahaja bersejarah tetapi ia juga mengenai hala tuju masa depan persatuan dan bagaimana ia boleh membantu menjadikan bidang ini lebih menonjol, kolaboratif dan relevan kepada masyarakat,” menurut kenyataan itu. 

Adela Ida dalam kenyataan sama berkata antara yang menjadi keutamaan beliau ialah membimbing sainstis muda, memperkukuh kerjasama antara penyelidik dan institusi, serta meningkatkan kesedaran umum terhadap bidang berkenaan selain mengangkat profil MSPTM di peringkat kebangsaan. 

“Saya juga berharap dapat menunjukkan bahawa parasitologi dan perubatan tropika masih relevan dalam dunia moden, selain membina kesedaran awam yang lebih tinggi dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk mengetengahkan penyelidikan Malaysia di pentas global,” katanya. 

Beliau juga berhasrat menyokong penganjuran lebih banyak persidangan antarabangsa dan perhimpunan saintifik di Malaysia bagi mengetengahkan hasil penyelidikan tempatan serta memperkukuh MSPTM sebagai platform untuk saintis Malaysia menyumbang kepada perbincangan global dalam bidang parasitologi dan perubatan tropika.

-Bernama

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Daripada fobia ular, kini jadi pengusaha kedai haiwan eksotik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.