Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘The Super Mario Galaxy Movie’ raih kutipan tertinggi pada minggu pertama di Amerika Utara
  • HIBURAN

‘The Super Mario Galaxy Movie’ raih kutipan tertinggi pada minggu pertama di Amerika Utara

Utusan Sarawak 12 hours ago
FILEM animasi pengembaraan terbitan Universal dan Illumination, ‘The Super Mario Galaxy Movie’, mengungguli kutipan pawagam Amerika Utara pada hujung minggu pertama tayangan dengan meraih AS$130.9 juta.

LOS ANGELES: Filem animasi pengembaraan terbitan Universal dan Illumination, ‘The Super Mario Galaxy Movie’, mengungguli kutipan pawagam Amerika Utara pada hujung minggu pertama tayangan dengan meraih AS$130.9 juta, menurut data firma pengukuran Comscore semalam, lapor Xinhua.

Kutipan itu merupakan yang tertinggi setakat tahun ini di Amerika Utara bagi hujung minggu pertama tayangan.

Filem berkenaan turut menduduki tangga teratas di peringkat antarabangsa dengan anggaran kutipan hujung minggu sebanyak AS$182.4 juta, termasuk tayangan pratonton.

Berlatarbelakangkan dunia Super Mario Bros., filem itu menyusuli The Super Mario Bros. Movie yang ditayangkan pada 2023 dan meraih lebih AS$1.3 bilion di seluruh dunia.

Filem mesra keluarga itu mencatat rating kelulusan 41 peratus berdasarkan 167 ulasan setakat ini di laman pengumpul ulasan Rotten Tomatoes, selain memperoleh gred A- daripada penonton yang ditinjau firma penyelidikan pasaran CinemaScore berdasarkan skala A+ hingga F.

Sementara itu, filem fiksyen sains terbitan Amazon MGM Studios, ‘Project Hail Mary’, jatuh ke tempat kedua pada hujung minggu ketiganya dengan kutipan AS$30.7 juta. 

Setakat ini, filem itu meraih AS$217.2 juta di Amerika Utara dan AS$420.7 juta di seluruh dunia.

Melengkapkan tiga tangga teratas, filem komedi romantik terbitan A24, ‘The Drama’, yang mencatat kutipan pembukaan hujung minggu sebanyak AS$14.4 juta.

-Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Aniq Durar bawa pengalaman sebenar perang ke layar perak melalui Jangkar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.