Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Batik Air terbang ke Shanghai, Sydney berkuat kuasa Jun, Julai ini
  • SEMASA

Batik Air terbang ke Shanghai, Sydney berkuat kuasa Jun, Julai ini

Utusan Sarawak 12 hours ago
BATIK Air mengumumkan perkhidmatan penerbangan terus baharu ke Shanghai, China dan Sydney, Australia yang bermula pada Jun serta Julai tahun ini.

KUALA LUMPUR: Batik Air mengumumkan perkhidmatan penerbangan terus baharu ke Shanghai, China dan Sydney, Australia yang bermula pada Jun serta Julai tahun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata pengembangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong permintaan penumpang yang mampan serta memperkukuh keterhubungan ketika Malaysia bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Pengenalan perkhidmatan penerbangan Kuala Lumpur–Shanghai yang bermula 23 Jun, 2026 menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan rangkaian Batik Air ke China. Ia melengkapi perkhidmatan sedia ada ke Changsha, Chengdu, Guangzhou, Kunming, Xiamen dan Zhengzhou.

“Laluan ini akan dikendalikan menggunakan pesawat Boeing 737. Tambang termasuk semua bermula dari RM399 bagi kelas ekonomi dan RM1,679 bagi kelas perniagaan sekali gus memperkukuh lagi keterhubungan di antara Kuala Lumpur dengan satu daripada pusat ekonomi serta pelancongan utama di rantau Asia-Pasifik,” katanya.

Batik Air berkata syarikat itu sedang memperkukuh kehadirannya di Australia dengan perkhidmatan penerbangan terus Kuala Lumpur–Sydney yang bermula pada 1 Julai, 2026.

Laluan ini akan dikendalikan menggunakan pesawat Airbus A330 bagi meningkatkan kapasiti dan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh.

Pada masa ini, syarikat penerbangan itu menyediakan perkhidmatan ke Australia melalui Brisbane, Melbourne, Perth dan Sydney menerusi Denpasar di samping 14 penerbangan terus mingguan Kuala Lumpur–Perth.

“Perkhidmatan baharu tanpa henti ke Sydney ini beroperasi tujuh kali seminggu. Tambang termasuk semua bermula dari RM749 bagi kelas ekonomi dan RM4,069 bagi kelas perniagaan.

“Ia melengkapi operasi sedia ada serta terus memperkukuh keterhubungan dalam satu daripada pasaran antarabangsa utama syarikat penerbangan ini,” kata Batik Air.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu terus menyelaraskan rangkaiannya dengan permintaan pasaran yang mampan.

Katanya, penambahan laluan ke Shanghai dan Sydney memperkukuh dua daripada koridor antarabangsa terpentingnya.

“China dan Australia kekal sebagai pasaran penting. Perkhidmatan ini akan membantu mempermudah pergerakan penumpang yang lebih besar sambil memperkukuh hubungan ekonomi dan hubungan rakyat kepada rakyat,” tambahnya.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Festival Padi Adan Ba’kelalan pupuk perpaduan rentas sempadan April ini
Next: Kelebihan inisiatif BDR bukan sekadar penjimatan bahan api 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.