Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki 56 tahun ditahan miliki syabu di Balingian
  • JENAYAH

Lelaki 56 tahun ditahan miliki syabu di Balingian

Utusan Sarawak 13 hours ago
LELAKI tempatan ditahan polis selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu seberat 0.34 gram dalam satu serbuan di Kampung Lintang semalam. Foto IPD Mukah

BALINGIAN: Lelaki tempatan berusia 56 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di Kampung Lintang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek ditahan kira-kira 1.20 tengah hari oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil maklumat risikan.

“Serbuan dijalankan di dalam bilik rumah di kampung berkenaan dan pemeriksaan lanjut menemukan satu keratan tiub straw lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Anggaran berat kasar dadah yang dirampas adalah 0.34 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh itu dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan hasil ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, suspek direman selama tiga hari sehingga 9 April ini bagi membantu siasatan.

Muhamad Rizal berkata, pihak polis komited dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa.

Maklumat boleh disalurkan melalui talian IPD Mukah di 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga emas rugi RM1,500 akibat pelaburan tidak wujud di Bau
Next: Lelaki disyaki seleweng diesel ditahan, rampasan lebih RM770,000 di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.