Mesin pengisar ais terbakar di kedai runcit berhampiran sekolah rendah di Pakan

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan susulan di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran semula berlaku. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Mesin pengisar ais terbakar kira-kira lima peratus di kedai runcit berhampiran salah sebuah sekolah rendah di sini, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 12.18 tengah malam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Khadijah Sarakawi bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi sekitar 12.51 tengah malam, didapati kebakaran berlaku di ruang tempat membuat minuman tersebut dan kebakaran hanya melibatkan mesin pengisar ais dengan anggaran kemusnahan kira-kira lima peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan susulan di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran semula berlaku. Foto BBP Bintangor

Tambahnya, kebakaran tersebut tidak melibatkan struktur bangunan dan berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya lebih awal oleh orang awam menggunakan hos paip air di lokasi.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan susulan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran semula berlaku.

“Operasi selesai sepenuhnya pada 1.06 pagi tadi dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis